Tuah Tanah

Blog ini adalah hasil nukilan serta perahan idea kami empat sekawan yang hanya mahu sedar berkongsi pengalaman, suka duka, pahit tawar dan comel cantik kehidupan kami.

Thursday, May 16, 2013

Sentuh dan rasa

*Assalamualaikum

Aku sedang demam. Tapi rasa nak menulis jugak. Sebab aku sedih. Bila sedih kita luahkan. Cuma mungkin cara kita berbeza. Entah rasa macam nak hantuk kepala laju laju kat dinding je rasanya.

Aku agak korang semua pernah rasa dilukai kan?
Rasa menyampah je setiap kali nak bercinta tapi tetap ada yang menghalang dan memutuskan ikatan tu...

Lalu tiba tiba aku terfikir, mungkin aku dah terbiasa dilukai... Sampaikan aku sudah tidak ada hati lagi dah. Aku lebih suka begini. Menjadi tuan dan hamba kepada diri sendiri....

Cinta mungkin dapat dirasa tetapi tetap tak boleh disentuh.... Penipu besar siapa cakap dorang boleh main sentuh sentuh cinta kita.
Cinta itu abstrak. Kita rasa dan nikmati. Tak usah dicari pun cinta akan datang dengan sendirinya.

Tapi bagi aku.....

Aku kini tak lagi dapat merasa atau menikmati cinta...
Kerana cinta itu buatkan aku buta...
Buta untuk nilai mana betul mana buruk....

Weh aku sebenarnya tengah demam ni. Aku mengadu kat bebudak ni. Semua taknak layan. Sampai hati Linda Trah dan Eya kan. Menangis karang baru tahu...

Okaylah doakan aku sembuh kay. Maaf merepek!

Ps : Cuak sebenarnya nak keluar UPU ni. Doakan kami!

Ps akhir : Aku kalau demam memang kuat mengarut. Sorry bos! Salam berbilang kaum dan warna kulit!

I love being single because no drama no heartaches

No comments:

Post a Comment