Tuah Tanah

Blog ini adalah hasil nukilan serta perahan idea kami empat sekawan yang hanya mahu sedar berkongsi pengalaman, suka duka, pahit tawar dan comel cantik kehidupan kami.

Wednesday, May 15, 2013

Crush on someone is hard especially when he is in a relationship

*Assalamualaikum

Haa sementara tengah tunggu komputer ni hang kejap, so tiba tiba terfikir nak cerita pulak pasal perasaan yang gundah gulana ni.

Haha harini merupakan hari terindah buat aku. Okay itu tipu. Setiap hari indah tapi hari ni berbeza sebab...

Pagi tadi aku mention ramai gila dengan ucapan 'Goodmorning' sebab aku excited sangat first time in this week dapat tidur cukup dan bangun awal. Leulz selalu busy manjang sampaikan tidur tah tergolek kemana. Ni bila dapat bangun awal rasa excited gila. 

Sedang sedang seronok main mention dengan Linda dan Eya pasal rejam dan sula. Aku termention jejaka swag aka AA dengan ucapan- 'Morning @A___A___' Aku memula macam biasa biasa je. Sebab aku ingatkan dia akan hiraukan. So aku sambung bertingkah balik dengan Linda dan Eya pasal sula dan rejam.

Ada ke patut Linda perli aku sebab aku tak reti bezakan antara sula dengan rejam? Amboi kejam kejam. Haha tapi memang betul pun. Kadang kadang aku tersalah makna or maybe tersalah faham antara dua perkataan tu. Bunyi macam nak dekat sama. Dan maksud pun macam lebih kurang. bagi aku lah.

Okay back to the story, AA tiba tiba reply mention cakap morning back bagai semua. Dia sekarang kat Beijing and dia cakap waktu kat China lebih kurang dengan Malaysia je. So aku pun macam.... OMGeee jawdrop gegila ah. Excited ni weh crush kita reply mention. Crush kita tuuu! Rasa macam nak jerit pun ada.. Nak senyum tak henti pun ada... Nak sengih je pun ada.... Hahahahahaha

Tapi dalam kepala otak aku ni berpusing ligat dengan pelbagai tanda tanya :

1. Macam mana kalau dia sebenarnya ada crush jugak or maybe dia sebenarnya dah ada awek?
2. Macam mana kalau orang lain dapat tahu yang AA tu siapa?
3. Macam mana kalau tiba tiba kantoi yang aku minat kat jejaka swag and AA sendiri perasan yang aku minat dia?

Haa centu ha mak jah banyaknya tanda tanya. Ececeh acah acah berbelit je aku ni. Tumbuk diri sendiri kang. Okay tak lawak.

So aku sendiri pun rasa serba salah. Bukan tak pernah main minat minat orang ni. Cuma kali ni aku macam tak tahu kenapa.... Tapi hati ni macam...... Macam nak pecah... OMGee syaitooon nakharooom mana dah rasuk aku ni. Hmmmm

Apa apa pun, rakan rakan baik sekalian, doakan aku supaya berjaya dunia akhirat. Challo beteh.

Ps : Thanks kepada mereka yang sudi jawab soalan yang aku tag tag tu ^.^ korang the best!

Ps lagi : Result UPU keluar 17May ni. Doakan kami okay!

Ps lagi dan lagi : Aku excited sebab jejaka swag followback aku! Hahahahaha

Ps last sekali : Semoga Trah pulak update lepas ni. Kahkah

3 comments:

  1. comey laa gaya awak ni . kelakar . sy suke entry awk :D hehe , seyesly memang sedey kot bila crush kita dh ada someone spesiol gituh . :D

    ReplyDelete